Close

Manufacturers

List of products by manufacturer TDL

TDL berhasrat untuk menghasilkan pelbagai jenis selendang yang cantik, selesa dan sopan. Selendang dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi serta mementingkan tahap kualiti dan kekemasan jahitan.

TDL berhasrat untuk menghasilkan pelbagai jenis koleksi selendang yang cantik, selesa dan sopan. Oleh itu, kami sentiasa membuat pemerhatian dan kajian terhadap kehendak terkini pasaran selendang di Malaysia ini.


 


Selendang TDL dihasilkan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi serta mementingkan tahap kualiti dan kekemasan jahitan terhadap setiap helai koleksi selendang yang dikeluarkan. Selendang TDL juga dihasilkan sedikit panjang dan lebar agar kaum wanita kelihatan sopan apabila menggayakan koleksi selendang kami.


 


terbaik dari ladang


 


Alhamdulillah dengan pendekatan prinsip yang mementingkan kecantikkan, keselesaan dan kesopanan ini, koleksi selendang TDL kini mula diterima baik oleh wanita muslimah. Komitmen kami untuk menghasilkan koleksi selendang yang terbaik kini mula membuahkan hasil apabila setiap bulan jumlah pengeluaran koleksi selendang semakin meningkat.


 


TDL merupakan salah satu jenama fesyen muslimah yang cepat mencipta nama dengan memperkenalkan koleksi selendang baru secara konsisten dan memproses ribuan tempahan selendang setiap bulan. Kini TDL juga mempunyai wakil pengedar di setiap negeri yang sangat komited dalam memperkenalkan produk TDL ke dalam pasaran dan mempunyai puluhan ribu pelanggan khususnya di Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia.


 


Terima kasih kami ingin ucapkan kepada semua para pelanggan, rakan pengedar dan sesiapa sahaja yang terus menyokong TDL sejak dari awal penubuhannya. Tanpa anda, tiadalah TDL di dalam industri ini. Insyallah kami akan terus mendukung visi untuk menghasilkan koleksi selendang yang terbaik ke persada dunia.

More
Showing 1 - 20 of 20 items
Showing 1 - 20 of 20 items
Close